Thursday, April 23, 2015

Hello, ini Jabatan Pergigian Pedatrik !


Dah nak genap seminggu dua aku masuk klinik pedatrik, setelah empat bulan berkelana dekat Jabatan Bedah Mulut.

Sejujurnya first impression untuk masuk rotation pedatrik adalah mungkin ia pasti lebih relaks dan kurang-tekanan berbanding Jabatan Bedah Mulut. Lebih-lebih lagi part on-call, kalau dulu setiap minggu ada oncall, tapi sekarang sekali dua sebulan.

Namun begitu, tidak bermakna kita boleh memandang enteng pada rotation kali ini. Macam biasa, semua benda dalam hidup ini ada cabarannya, begitu juga pedatrik.

Apa cabaranya dia? meh abang listkan untuk awak.


1.   Perangai budak

Perangai budak ini biasalah, dah nama pun budak. Kalau kanak-kanak normal, at least kau boleh pujuk-pujuk lagi. Walaupun mungkin ada yang buat drama tak boleh bernafas padahal kita nak pasang maryland bridge dekat anterior teeth sahaja pun. Tapi cuba kau dihadiri oleh kanak-kanak istimewa seperti yang ada Down's Syndrome, Autism, Mental Impairment yang tak menentu tahap kerjasama mereka. Teringat pula aku kisah kena lempang dengan tepuk kuat-kuat belakang. Aku mampu senyum sahaja. Nak marah tak guna, kita pun tahu pesakit punya tahap macam mana.

2.  Medical Problem

Kau kena tahu, Jabatan Pergigian Pedatrik ini dicipta bukan semata-mata nak tampal gigi kanak-kanak yang berumur 18 tahun ke bawah. Kalau macam tu, memang berbahagia lah klinik-klinik periphery yang lain. Bawah umur je refer terus dekat Paeds. haha. Hakikatnya, pesakit-pesakit yang dirujuk kepada pedatrik selalunya adalah pesakit yang mempunyai masalah kesihatan tertentu samada acquired ataupun congenital. Pesakit yang mempunyai history of congenital heart disease ( e.g Tetralogy of Fallot, Patent ductus arteriosus, etc), bleeding disorder ( e.g Haemophilia, Von Willebrand Disease, Glanzman Thrombastenia, etc), genetic disorder (e.g Down Syndrome, Klinefeltre Syndrome, etc) dan macam-macam lagi. Yang jenuhnya bila kau kena tanya dengan specialist lepas tu kau tergagap. Lepas tu kau akan menyesal sebab masa undergrad dulu selalu ambil ringan bab-bab medical macam ni. Kau fikir kerja kau tampal gigi sahaja kan ?  Sebenarnya medical problems ni kena khatam betul-betul bukan sebab takut specialist tanya, yang lebih penting adalah setiap medical problem memiliki approach yang berbeza. Seperti pesakit yang ada congenital heart disease macam TOF, sebelum kita memulakan prosedur yang dikira 'invasive' dan 'berdarah' seharusnya kita memberi prophylactic antibiotic kepada pesakit. Hal ini mampu mengurangkan risiko pesakit dari menghidapi infective endocarditis yang boleh membawa maut.


3.  Masa

Aku tak pasti tempoh sesuatu rotation itu ikut negeri atau bagaimana. Kalau di tempat aku, aku diamanahkan untuk menghabiskan rotation aku selama sebulan untuk pedatrik. Sejujurnya satu bulan itu tempoh yang sangat singkat bak kata specialist aku. Aku mula-mula macam tak faham, tapi lama-lama aku dah faham kenapa. Sebab dulu aku ingat pedatrik ni kerja tampal gigi budak-budak ja, padahal lebih daripada tu. dua minggu dah macam-macam kes aku jumpa. Cuma sayang, kebanyakan patient akan di review semula  satu bulan, 3 bulan ataupun 6 bulan sekali. Jadi, potensi peluang nak tengok lagi kes-kes yang lain sedikit payah. Aku hanya mampu berdoa agar diberi pendedahan kes baharu sepanjang sebulan aku dekat sini.



Aku hanya nak sembang pasal cabaran, kalau pasal kegembiraan itu kau cari sendiri lah. Bila kau tahu cabaran, kau akan sediakan diri kau. Bila kau bersedia dengan cabaran, kau akan mudah cari kegembiraan.


..........


Motif pembuatan blog ini sebenarnya adalah untuk berkongsi serba sedikit kisah kehidupan bila kau dah masuk kerja sebagai doktor gigi. Dengan harapan, saudara-saudari boleh dapat gambaran macam mana sebenarnya drama jadi kami.

Saudara-saudari boleh jadi siswa/siswazah bidang pergigian, adik lepasan SPM, adik yang tengah buat folio kerjaya, takpun awak yang berimpikan suami/isteri doktor gigi.

Aku menulis bukan aku yang terbaik. Aku cuma berkongsi apa yang aku tahu dan mampu, dan tidak semestinya ia benar.


.....

Aku nak ucapkan semoga berjaya kepada kawan-kawan yang sibuk nak final dekat Jordan sana. medical Jordanians09 dan juga adik-adik gigi, dent10.

Korang enjoy lah masa korang kat sana cukup-cukup.

Buatlah sebanyak mana drama yang korang mampu, untuk kenangan kelak. Kalau tak jumpa patient class II lagi, anggaplah ia sebagai satu drama yang kau tak akan lupa dan membuatkan diri kau yang akan datang. Jangan risau sangat, benda macam ni boleh bawak bincang dengan doktor kalau dah takda sangat.


Semoga kita bertemu lagi.







1 comment:

  1. Salam Dr N, you've finally became a dentist,congrats. Just yesterday i read the blog already but with different url. So today i read it again. Interesting. I think u'll become a good dentist one day. Just believe it then :) and for now, i'll say i'm sorry as in real life, i dont have a chance to say it and wont say it. U'll be more successful in the future insyaAllah and contribute something to the society. I hope i can contribute something also like u. Good luck :)

    ReplyDelete